Panggilan kepada majikan bagi penyertaan ke Selangor Mega Job Fair Edisi Disember 2022
Penyertaan ini terbuka kepada seluruh majikan di dalam negeri Selangor dan di luar negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor akan melaksanakan Selangor Mega Job Fair (secara fizikal) pada 10 & 11 Disember 2022 (Sabtu & Ahad) bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor.
Majikan daripada pelbagai sektor industri adalah dipelawa untuk menyertai program ini bagi mempromosikan syarikat serta mengiklankan kekosongan jawatan sekaligus menawarkan peluang pekerjaan (walk in interview) kepada masyarakat umum khususnya pencari kerja.
Untuk pra pendaftaran, majikan yang berminat boleh mengisi dan melengkapkan borang secara dalam talian (melalui Google Forms) melalui pautan seperti berikut:
🔗 bit.ly/pradaftarsmjfdis22
🔗 bit.ly/pradaftarsmjfdis22
🔗 bit.ly/pradaftarsmjfdis22
Tidak terhad kepada syarikat yang beroperasi di negeri Selangor, penyertaan ini terbuka kepada seluruh syarikat di Malaysia (di luar negeri Selangor).
Tarikh tutup penyertaan adalah dilanjutkan sehingga 5 Disember 2022.
Status permohonan penyertaan dan pengesahan majikan tersebut akan dimaklumkan melalui e-mel.
Kemudahan:
Satu booth berkeluasan (3m x 3m) berserta plug point akan disediakan. Penyertaan ini percuma! Tiada bayaran penyertaan dikenakan.
Majikan juga hendaklah mendaftar atau mengemaskini profil majikan melalui portal berikut:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian berikut:
📞 0355212407
📞 0355212480
📞 0355212279


#smjf
#selangormegajobfair
#SelangorJOBportal
Ikuti kami di linktr.ee/selangor_jobfair untuk aktiviti terkini SMJF Disember 2022 serta rangkaian media sosial kami: